BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 7, 2010

yakin,..guna Mesin Basuh?




Terdapat pendapat tertentu mengatakan bahawa membasuh pakaian dengan menggunakan mesin basuh tidak suci.Ada juga yang mengatakan sebaliknya.Suci atau tidak?

Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang tidak kena najis,tidak timbul sebarang masalah iaitu pakaian yang dibasuh itu tetap suci hukumnya.

Tetapi timbul masalahnya apabila mesin basuh itu digunakan untuk membasuh pakaian-pakaian yang bernajis atau yang kena najis.Maka hukum pakaian yang dibasuhnya itu tidak suci,kerana yang terkena najis itu dibasuh oleh air yang tidak sampai 2 qullah dalam takungan mesin basuh itu.

PERBEZAAN BASUHAN ANTARA MESIN BASUH SEMI AUTO DENGAN MESIN BASUH AUTOMATIK

SEMI AUTO:Bilas pakaian tersebut dengan mengalirkan air di luar mesin kemudian baru masukkan ke dalam pengering (spin).Atau boleh juga membilas dengan mengalirkan air pada pakaian yang telah dimasukkan ke dalam ruang pengering (jangan takung air tersebut).Setelah itu,barulah pakaian tersebut dikeringkan(spin).

FULLY AUTO:Ada sedikit masalah.Ketika membilas pakaian,mesin tersebut tidak mengalirkan air pada pakaian sebaliknya menakung air dan merendam semula pakaian.Oleh sebab pakaian belum suci(atau bernajis) maka seluruh takungan air jadi bernajis kembali.Begitu juga untuk bilasan kedua.Seterusnya kain yang masih belum suci(tidak dialirkan air mutlak) akandikeringkan dengan spin.Maka pakaian itu tetap tidak suci.

Peringatan :suatu perkara yang amat penting diambil kira ketika membasuh apa jua pakaian,mestilah mengalirkan air mutlak pada pakaian tersebut pada bilasan yang terakhir atau boleh juga mencelup(membilas) pada air yang banyak(melebihi 2 qullah.

Adakah anda menggunakan mesin basuh di asrama atau di rumah menggunakan kaedah yang betul?..salam.

0 comments: