BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

'Perlu Tahu'Najis-najis Yg Dimaafkan Dalam Islam..

1) Percikan air kencing yang terlalu sedikit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar apabila ia terkena pakaian atau badan,sama ada najis tersebut mughallazah,mukhaffah,atau mutawassitah.

2) Darah,nanah,darah kutu anjing dan najis yang sedikit yang dibawa oleh lalat,selagi ia bukan perbuatan manusia dan bukan dengan sengaja.

3) Darah atau nanah luka walaupun banyak dengan syarat ia terjadi pada diri manusia itu sendiri,bukan hasil daripada perbuatannya dan bukan dengan sengaja.Disyaratkan supaya darah atau nanah tersebut tidak mengalir se tempat lain.

4) Tahi binatang yang mengenai biji-bijian ketika ia memijaknya.Begitu juga tahi binatang ternakan yang mengenai susu ketika diperah dengan syarat najis tersebut tidak banyak hingga mengubah keadaan susu tersebut.

5) Tahi ikan di dalam air selagi air tersebut tidak berubah.Begitu juga tahi burung pada tempat yang selalu ia berulang alik padanya seperti kawasan tanah suci Makkah,kawasan tanah suci Madinah dan Jamek Umawi.Ini disebabkan musibah yang umum dan sukar untuk dipelihara daripadanya.

6) Darah yang mengenai baju tukang daging sekiranya tidak banyak.

7) Darah yang ada pada daging.

8) Mulut kanak-kanak yang terdapat najis muntah padanya apabila ia menghisap susu ibunya.

9) Tanah jalan yang mengenai manusia.

10) Bangkai yang tidak mengalir darahnya atau yang tidak berdarah apabila ia jatuh ke dalam sesuatu cecair seperti lalat,lebah dan semut dengan syarat ia jatuh dengan sendirinya(bukan dicampak) dan ia tidak mengubah keadaan cecair tersebut.

Rujukan : Soal Jawab 'Taharah'/Telaga Biru.
Rujukan sampingan : Tuhfatul Ahwadzi 'syarah Jami' Tirmidzi'

0 comments: