BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 5, 2010

Air Mani?Air Madzi? Air Wadi?


Assalamualaikum,kepada pembaca yang saya hormati sekalian.Ruangan ini menerangkan tentang definisi serta penerangan ringkas berkenaan dengan Air mani,madzi dan wadi berdasarkan tiga sumber rujukan yang lengkap.Di harap ruangan ini dapat menyelesaikan kemusykilan anda.
Rujukan 1 : Buku Soal jawab Remeh Temeh tentang ‘TAHARAH’
Bab 13 : Air mazi,air mani dan air wadi.
m/s 143-153



Perbezaan Antara Air Mani,Mazi dan Wadi

1) Air Mazi
 Berwarna keputihan,jernih dan berlendir.
 Keluar disebabkan syahwat (alat sulit atau sentuhan lelaki dan wanita).
 Tidak memancut dan tidak menyebabkan keletihan.
 Kadangkala ia keluar tanpa disedari.
 Berlaku pada lelaki dan wanita.

2) Air Mani
 Air yang keluar selepas mencapai tahap syahwat (terpancut atau meleleh).
 Keluar sama ada daripada lelaki mahupun wanita.
 Berbau tepung ketika ia masih basah.
 Berbau putih telur ketika keringnya.

3) Air Wadi
 Air berwarna kekeruhan,tidak berbau.
 Keluar sejurus selepas kencing.
 Ia boleh keluar ketika membawa (mengangkat) sesuatu yang berat.



Rujukan 2 :
Kitab Fiqh&Perundangan Islam Jilid 1
Wahbah Al-Zuhaili
Penterjemah : Syed Ahmad Syed Hussain et al.
Fasal 2 : Najis-m/s 134

1) Air Mazi dan Wadi
Mazi ialah cecair berwarna putih yang keluar tanpa membuak pada saat memuncaknya nafsu seseorang ataupun ketika ia teringat persetubuhan.Ia dihukum najis kerana terdapat suruhan membasuh zakar dan suruhan berwudu’ dalam hadith riwayat Ali r.a., katanya,”saya seorang lelaki yang kuat keluar air mazi,saya merasa malu untuk bertanya Rasulullah s.a.w,lalu saya menyuruh al-Miqdad bin al-Aswad bertanya kepada Baginda.Beliau pun bertanya dan Baginda pun menjawab,”Diwajibkan berwudu’,seorang islam hendaklah membasuh zakarnya dan hendaklah
Wadi ialah air putih yang pekat yang keluar selepas air kencing ataupun ketika menanggung sesuatu yang berat.Ia juga dihukumkan najis kerana ia keluar bersama-sama air kencing ataupun sesudahnya,maka dengan itu ia dihukumkan sama seperti

Pengulangan Keterangan
Fasal 5 : Mandi ‘Perkara mewajibkan mandi’.
m/s 336

Mani adalah air pekat yang keluar memancut sewaktu ketegangan syahwat.Mani wanita pula cair dan berwarna kekuningan.keluar air mazi atau air wadi tidak mewajibkan mandi.Air mazi ialah air yang putih dan agak jernih dan keluar sewaktu seseorang itu bermesra dengan isteri.Sementara air wadi pula ialah air kencing yang pekat yang keluar pada permulaan kencing.
Air Mani ( Rajih : Suci ): Cecair yang terpancut daripada kemaluan lelaki / perempuan apabila sampai kemuncak syahwatnya. Kesan keluarnya air mani menyebabkan lemahnya syahwat. Apabila ia basah maka ia pekat dan mempunyai bau seperti tepung adunan roti dan berlendir, jika kering ia berdebu apabila digosok dan berbau seperti telur yang kering.

Rujukan 3 :
Kitab Tuhfatul Ahwadzi : Syarah Jami’ Tirmidzi
Bab : Tentang Mani Dan Madzi

Hadith Shahih.HR.ibnu Majah (504)
Penjelasan hadith :
Umum yang mencakup mani lelaki dan perempuan berikut merupakan ciri-cirinya,iaitu :
1) Keluar disertai syahwat lalu disusul rasa lelah setelahnya
2) Aromanya seperti aroma getah
3) Keluar dengan memancut dan dorongan.
Semua ini adalah tentang mani lelaki.Adapun perempuan berwarna agak kuning.Demikian yang disebutkan An-Nawawi.

Apa itu madzi?
Madzi ialah air yang kental(lengket) yang keluar disertai syahwat ringan ketika bercumbu dan serupanya tanpa memancut.
Keterangan lain : Madzi ialah air berwarna agak putih,kental yang keluar ketika bercumbu atau mengkhayalkan persetubuhan dan keluarnya kadang tidak terasa.

Apa itu wadi?
Wadi ialah air putih keruh tidak beraroma yang keluar setelah air seni.



Cara Menyucikan Air Mazi
 Merenjiskan air pada pakaian yang terdapat kesan air mazi tersebut.
Cara menyucikan air mani
 Membasuh air mani tersebut sekiranya ia masih basah
 Jika telah kering,cukup dengan hanya mengikisnya kerana tsabit perbuatan Aisyah r.ha.

Hadith riwayat al Tirmizi
Hadith riwayat al Daruqutni

Sekilas Pandang :
Berdasarkan kajian sains Seseorang lelaki akan menghasilkan antara dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali ejakulasi. Warna sebenar air mani adalah putih kelabu( whitish grey) dan likat. Bagaimanapun bentuk kepekatan dan warna air mani bergantung kepada frekuansi seseorang mengalami ejakulasi; diet yang diambil dan keadaan kesihatan secara umum.